MAWAR

Financial Education

Pada 4 Mei 2024, MAWAR telah mengadakan Program ‘Financial Education- How To Make Money Work For You’_bertempat di Bayview Hotel, Georgetown, Penang.

   

MAWAR telah menjemput 6 VIP supaya kita dapat menyampaikan masalah kita kepada mereka. Akan tetapi hanya YB rashidi Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar serta Yg Dihormati Tapr Mohd BashirBin Sulaiman, Pengarah Perancangan MBPP sahaja dapat hadir dalam Program tersebut.

 

Setelah Majlis perasmian selesai, *MAWAR*, *PERMIM* serta beberapa wakil dari Pulau Pinang telah berjumpa YB untuk membincangkan isu yang melanda kita di Seberang Perai terutamanya.

 

Setelah mendengar keluhan kita, YB telah terus buat panggilan kepada ahlu majlis dan meminta mereka berhenti ataupun slow down sikit menyaman kedai2 runcit.

 

Akan tetapi pihak berkenaan memaklumkan bahawa mereka memang tidak dapat nak berhenti mahupun slow down kerana sekarang mereka sedang proses membenteras peniaga warga asing dan yang menggunakan lesen Ali Baba.

 

Memang mencabar buat mereka untuk mengenalpasti mana satu kedai warga asing dan bukan. Jadi mereka terpaksa tegas dalam menjalankan tugas.

 

Oleh yang demikian, YB telah meminta supaya mana-mana peniaga yang mendapat saman yang pertama untuk terus hubungi YB melalui *MAWAR* supaya.pihaknpenguatkuasa tidak datang kali kedua untuk membuat sitaan.

 

Selain itu, YB juga cadangkan supaya kita mengadakan satu lagi program di Pulau Pinang dengan menjemput beberapa pihak yang akan YB cadangkan dan seterusnya dapat menwujudkan satu sesi perkenalan antara persatuan dan ahli seterusnya membincangkan isu ini serta jalan penyelesaianya.

 

YB juga telah meminta senarai nama syarikat yang telah disita dan masih belum dibuka untuk memudahkan proses pembukaan kedai tersebut. Jika ada kedai yang disita dan masih belum dibuka sila hubungi saya untuk dimajukan kepada YB untuk tindakan selanjutnya.

 

*MAWAR* & *PERMIM* juga telah berbincang isu yang sama setelah majlis penutup dengan TPr Mohd Bashir. Beliau bersedia untuk membantu untuk menyelesaikan masalah ini.

 

Oleh yang demikian, *MAWAR* dalam proses merangka sebuah program supaya kita dapat menjemput pihak-pihak yang berkenaan utk kita bincangkan isu ini.

 

Persoalanya, adakah *ANDA SEMUA* bersedia hadir ke program tersebut? Jika kehadiran rendah maka semua usaha ini hanyalah sia-sia.

 

Kami berharap semua ahli akan hadir dalam program yang akan kita adakan dalam masa terdekat. Diharap semua dapat mendaftar dan hadir dalam progran tersebut.

 

Sekian terima kasih.