Assalamualaikum.
Pada 16 Ogos 2022, satu mesyuarat telah diadakan oleh Kementerian Sumber Manusia bersama semua NGO berasaskan perniagaan.
Dalam mesyuarat tersebut, YB Datuk Seri M.Saravanan telah memaklumkan bahawa pembekuan proses permohonan kelulusan pekerja asing yang akan dilaksanakan pada 15 Ogos 2022 telah ditangguhkan sementara waktu dan semua pemohon boleh memohon kelulusan pekerja asing seperti biasa.
YB Datuk Seri juga memaklumkan bahawa isu saiz premis dalam subsektor borong/runcit akan diselesaikan dalam masa terdekat dan semua peruncit juga boleh memohon selepas masalah ini diatasi.
Tuan Abdul Alim Sidique, Presiden MAWAR telah menyerahkan surat rayuan kepada YB Datuk Seri supaya isu saiz premis dan kuota pekerja dikaji semula.
MAWAR telah mencadangkan saiz yg disyaratkan 2500 mps dikecilkan kepada saiz 130 mps. Manakala kuota yg disyarat 15% daripada jumlah pekerja tempatan ditukar kepada 3 pekerja asing untuk setiap pekerja tempatan.
Sama – sama kita berdoa semoga rayuan dan isu subsektor borong/runcit akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Sekian terima kasih.

